Tuesday, 25 November 2014




Masalah sembelit sering dihadapi oleh kebanyakkan orang tidak mengira usia. 
Antara golongan yang sering hadapi masalah sembelit adalah kanak-kanak, wanita selepas bersalin, ketika hamil serta bayi. 

APA ITU SEMBELIT?
Anda mengalami sembelit sekirannya mempunyai simptom-simpton seperti di bawah:

1) Kurang membuang air besar – kekerapan membuang air besar kurang daripada 3 kali seminggu

2) Najis yang dihasilkan daripada pembuangan adalah keras

3)Meneran semasa buang air besar. Pembuangan air besar hanya berjaya dilakukan dengan meneran sepenuh tenaga.

4)Rasa tidak puas walaupun selepas membuang air besar. Sanggup duduk lama di dalam tandas kerana berasa tidak puas membuang air besar.




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio