Monday, 4 August 2014

Sakit Bila Datang Bulan

>>> Sakit Bila Datang Bulan <<<





Insan yang dipanggil wanita memang bertuah. Mereka itu melalui pelbagai fasa dalam hidup mereka sama ada dari fasa baligh, repoduktif dan seterusnya ‘menopouse’. Yang pastinya tidak lepas dari pembabitan kedatangan haid setiap bulan.

Datang bulan, datang kotor, ‘mens atau haid semuanya sama.
Pengaliran haid setiap wanita itu berlainan dengan satu sama lain.
Yang pasti ada yang mengalami senggugut atau sebaliknya.

- Dr. Norlida bt Hj Kairon –

Apa itu sengugut?

Senggugut atau ‘dysmenorrhea’ bermakna pengaliran yang sakit.
Ia merupakan masalah yang kerap dihadapi oleh setiap wanita berbanding dengan masalah sakit puan yang lain.
Ia merupakan runggutan mereka yang mengakibatkan ketidakhadiran atau cuti sakit dari melakukan aktiviti harian.

Tahukah anda senggugut terbahagi kepada dua?
1) Senggugut primer
2) Senggugut sekunder

Senggugut Primer

Senggugut primer berlaku apabila kesakitan dialami tidak disebabkan oleh penyakit pelvis seperti adanya jangkitan kuman.
Ianya berkait rapat dengan proses ovulasi yang berlaku pada kitaran haid berkenaan.
Senggugut ini memang biasa (23-25 peratus) melanda remaja.

Kesakitan ini berlaku hanya untuk satu hingga dua hari sahaja sewaktu pendarahan haid.
Lazimnya kesakitan boleh dikawal dengan mengambil ubah penahan sakit seperti paracetamol.
Tahukah anda paracematol ini berunsur dadah, jikalau ambil selalu akan menyebabkan ketagihan dan badan lali dan akan mengakibatan ubat tersebut tak berfungsi lain dan kita menambah dos pengambilannya.

Jadi disini Dy sarankan kita berubah mengambil suplimen yang selamat dari bahan semulajadi.

Kesakitan senggugut primer disebabkan pengeluaran ‘Prostaglandin’ daripada dinding rahim secara berlebihan . ‘ Prostaglandin akan menyebabkan pengecutan otot rahim berlaku dengan lebih kuat.

Inilah sebenarnya ‘prostaglandin’ yang Dy ceritakan dalam post sebelum ini.
Seorang wanita perlu memahami punca kesakitan senggugut primer ini daripada stress dan memikirkan tentang bukan-bukan..
Kadang-kala dengan kefahaman ini juga, rawatan minda sudah cukup untuk memberi kesan yang baik daripada pengambilan ubt-ubatan.

Keberkesanan ubat-ubatan jenis ini adalah 80 peratus sahaja. Ia bertindak untuk menghalang pengecutan ‘prostaglandin daripada dinding rahim.

Kesakitan yang timbul daripada masalah pelvis dinamakan senggugut sekunder. Oleh itu pesakit perlu mendapatkan rawatan dari Dr untuk mengenal pasti penyakit dan rawatan yang tepat perlu diberikan.

Oleh itu ,kita perlu mengenal pasti senggugut yang mana kita hadapi sama ada senggugut primer atau pun senggugut sekunder.

#infokesihatan
#Ceo-Heart Anggun
#SAADYSANDY

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Designed by UMIESUEstudio